14 February 2010

PROGRAM SUMBANGAN AIDILFITRI ‘09




Pada 25-26 Julai 2009, Sekretariat Kebajikan dan Keceriaan
(2K), Kolej Tun Dr. Ismail telah menganjurkan Program
Sumbangan Aidilfitri ’09. Pengerusi Pengelola program
kali ini ialah saudari Nur Anis Mohd Rohaimi. Antara
objektif program adalah untuk melahirkan tanda
penghargaan kepada prajurit negara serta mewujudkan
semangat kerjasama antara warga kolej yang berbilang
kaum. Sumbangan Aidilfitri pada tahun ini merupakan
kuih siput dan diserahkan kepada Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Antara program yang dijalankan ialah
acara menguli dan menggoreng kuih siput, pertandingan
mereka kad raya dan sukan rakyat. Terdapat empat
gabungan tingkat iaitu Bahulu, Bangkit, Semperit dan
Tempeyek. Majlis penutup program dirasmikan oleh wakil
ATM dan seterusnya majlis penyerahan sumbangan
berupa kuih siput. Malam tersebut diserikan lagi dengan
persembahan nyanyian oleh saudara Muhammad Hakim
Mohd Nor dan persembahan multimedia oleh Sekretariat
Penerbitan. Gabungan yang mengungguli juara kali ini
ialah gabungan semperit dan diikuti dengan bahulu,
bangkit dan tempeyek.

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP