10 November 2008
08 November 2008
SHARAK 1429H
Membuat Bunting
Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu telah berlangsung program Shahru Ramadhan Al-Mubarak (SHARAK 1429H). SHARAK 1429H berlangsung dari 24 Ogos 2008 secara tidak rasmi atau 1 September 2008 (bersamaan 1 Ramadhan 1429H) secara rasmi dan berakhir pada 21 September 2008 (21 Ramadhan 1429H). Program SHARAK 1429H merupakan program mega Sekretariat Kerohanian, Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2008/2009 bagi mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bertemakan "Towards Becoming an Excellent Muslim" program ini telah menggariskan beberapa objektif iaitu :
- Menggunakan peluang bulan Ramadhan bagi memperbanyakkan aktiviti kerohanian di kalangan warga kolej
- Menghayati kelebihan (fadhilat) amalan dan bulan Ramadhan
- Penekanan pelaksanaan ibadah wajib dan sunat di bulan Ramadhan
- Menginsafi iktibar peristiwa yang telah berlaku di bulan Ramadhan
- Meningkatkan pemahaman syiar Islam dalam konteks yang lebih mudah difahami ramai
- Menghubungkan dan mengeratkan silaturrahim antara warga kolej berbilang bangsa amnya dan ukhuwah Islamiah sesama muslim khususnya
Majlis Berbuka Puasa
Beberapa aktiviti juga telah dimuatkan dalam program ini seperti Solat Tarawikh, Qiamullail, Tadarus Al-Quran, Tayangan Perdana, pertandingan nasyid, membuat banting, menulis khat, hafazan Al-Quran dan kuiz Islam, membuat bubur lambuk serta ceramah awal ramadhan. Program ini telah dijayakan bersama oleh seluruh muslimin dan muslimat KTDI dan penglibatan secara tidak langsung warga kolej yang bukan beragama islam dalam pertandingan-pertandingan tertentu yang telah diadakan. Kemuncak kepada program ini ialah Majlis Penutup, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dari Baitul Ummah, Cheras. Penutupan rasmi ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Munim bin Dawam yang merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Secara keseluruhannya, program SHARAK 1429H ini telah memberi impak positif kepada warga kolej khususnya serta masyarakat setempat amnya.
Oleh : Cuki & Che Su
Labels:
Sekretariat Kerohanian
Subscribe to:
Posts (Atom)