31 July 2008

Boling Inter-Floor 2008

Sufi dgn gaya tersendiri

Sempat melihat mata yang dikumpul

Aksi lain daripada yang lain

Melakukan balingan dengan tenang

Gaya seorang juara

Pada 27 Julai lalu, telah berlangsung pertandingan boling Interfloor Kolej Tun Dr. Ismail bertempat di pusat boling South City. Pertandingan ini disertai oleh 16 pasukan di mana setiap pasukan mewakili satu tingkat di setiap blok di KTDI. Pertandingan empat orang sepasukan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki & kategori wanita.

Dalam kategori lelaki Top Mawar telah berjaya menewaskan tiga pencabar lain untuk bergelar juara. Ini diikuti Ground Mawar yang terpaksa berpuas hati dengan menduduki tempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh 1st Mawar dan keempat menjadi milik 2nd Mawar. Sementara itu, dalam kategori wanita pula pertandingan dimenangi Top Melati. Pertandingan ini berlangsung jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

Read more...

Gotong-royong Perdana KTDI


Sekretariat Kebajikan & Keceriaan (2K) telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong KTDI pada 27 Julai 2008 yang lalu. Program yang diadakan seawal jam 8.00 pagi ini menggalakkan kerjasama yang muafakat serta mengeratkan hubungan sesama warga kolej disamping menjadikan kediaman kolej ini lebih bersih dan ceria. Menurut Mohd Eezham (Pengerusi sekretariat 2K), ini merupakan program pertama sekretariat 2K untuk sesi 2008/2009. Program amal ini sudah menjadi tradisi dan merupakan tanggungjawab bersama warga KTDI dalam memastikan kolej ini berada dalam keadaan bersih. Beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan penularan wabak demam denggi yang melibatkkan tiga pelajar KTDI sendiri. Jadi dengan adanya program gotong-royong ini kita berharap tahap kesihatan pelajar KTDI selepas ini akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Read more...

30 July 2008

Perasmian Sukan Interkolej UPM 08/09

Antara peserta senior yang menyertai pertandingan perbarisan

Peserta berdebar menanti pertandingan dimulakan

Saudara Burhan mengetuai kontinjen KTDI

Kontinjen KTDI

Warga kolej turut hadir memberi sokongan

Sukan Interkolej UPM 08/09 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia pada 16 Julai 2008 yang lalu bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia. Pada Perasmian tersebut telah diadakan Pertandingan Perbarisan oleh setiap kontinjen yang bertanding. Kontinjen KTDI yang berpakaian dengan warna tradisi kolej iaitu ungu berjaya melakukan disiplin perbarisan dengan baik. Walaupun tidak mendapat tiga tempat terbaik, kontinjen KTDI tetap mempamerkan semangat yang tinggi dalam acara perbarisan kali ini. Kemeriahan majlis perasmian Sukan Interkolej ini pastinya akan membangkitkan semangat atlet-atlet KTDI bagi merampas kembali kejuaraan keseluruhan Sukan Interkolej yang telah terlepas ke tangan kolej lain. Antara acara sukan yang dipertandingkan pada fasa 1 sesi 08/09 ini ialah merentas kampus, olahraga, bola sepak, tenpin bowling, badminton, hoki, sepak takraw, bola jaring dan ragbi sentuh. Semoga berkat usaha, doa serta sokongan padu penghuni KTDI, khususnya atlet sendiri sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara sukan berlangsung menjadi azimat berguna dalam perjuangan kali ini.

Read more...

28 July 2008

KTDI 2008/2009


Kolej Tun Dr. Ismail merupakan antara kolej yang terawal dibina di kampus UPM Serdang ini. KTDI yang dahulunya terkenal dengan jolokan "Third" yang bermaksud 'ketiga' merupakan kolej ketiga dibangunkan selepas Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Kedua. Sejak lebih tiga dekad penubuhan KTDI, banyak perubahan yang yang telah berlaku mengikut peredaran zaman. KTDI juga merupakan kolej yang paling berpengaruh di UPM dengan pencapaian-pencapaian yang gemilang dalam kebudayaan, akedemik serta pencapaian dalam bidang sukan dengan menjadi juara 17 tahun berturut-turut dalam pertandingan Sukan Inter-Kolej. Bermulanya sesi baru 2008/2009, Kolej Tun Dr. Ismail maju setapak lagi dengan meluaskan penggunaan internet kepada seluruh warga kolej. Dengan memperluaskan penggunaaan hotspot kepada semua blok di KTDI ini, tugas pelajar sebagai mahasiswa yang sememangnya dahagakan maklumat dan informasi mengenai pelajaran dan isu-isu semasa kini menjadi lebih mudah. Kini semuanya dihujung jari mereka.

Read more...
Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP