06 September 2009

College Master Award Ceremony (COMA '09)





Pada 6 September 2009 bersamaan dengan 16 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, Sekretariat Akademik dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa ,Kolej Tun. Dr. Ismail telah menganjurkan College Master Award 2009 (CoMA’09). Dahulunya ia dikenali sebagai Principal Award Ceremony(PAC).

Tema pada kali ini ialah formal hijau. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, CoMA’09 diadakan pada sebelah pagi iaitu bermula seawal jam 10.00 pagi. Kebiasaan majlis anugerah yang dianjurkan setiap semester adalah pada waktu malam, namun demikian waktu terpaksa diubah ke sebelah pagi bagi memudahkan umat Islam untuk berbuka puasa dan beribadah di sebelah malam. CoMA’09 ini telah dirasmikan oleh pengetua KTDI, Tuan Hj Rashid Abdullah. Pengurus dan beberapa felo yang lain juga turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Kelainan majlis pada semester ini ialah, Pengerusi Kelab Alumni KTDI (FORTIGA),Encik Shamsul Azhar bin Ismail juga turut hadir memeriahkan majlis dengan menjadi salah seorang pemberi anugerah kepada para pelajar.

CoMA’09 yang diadakan pada bulan Ramadhan pada kali ini genap kali kedua mengadakan pertandingan nasyid mengikut gabungan masing-masing. Hal ini bertujuan untuk memeriahkan lagi CoMA’09 dan bertujuan menambahkan pengisian majlis supaya menjadi tidak terlalu hambar dengan penyerahan anugerah semata-mata. Pertandingan nasyid ini juga disertai dengan persembahan pentomin yang sangat menarik oleh pelajar-pelajar lelaki dan dimenangi oleh tingkat dua Kenanga. Aktiviti nasyid ini adalah hasil kerjasama Sekretariat Akademik dan Sekretariat Kerohanian. Persembahan nasyid ni diselangseli dengan penyampaian sijil untuk pelajar yang menerima CGPA dan CGPA 3.50 hingga 4.00. Pelajar Terbaik kali ini ialah Low Kah Lian manakala anugerah Pencapaian Akademik Terbaik dimiliki oleh tingkat dua Kenanga dan dua Melati. Tahniah diucapkan.

Program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Diucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa CoMA’09 dan semua warga kolej yang menjayakan program ini. Kepada para pelajar yang belum berpeluang menerima anugerah, berusahalah dan terus berusaha untuk memperoleh pencapaian akademik yang baik untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang demi masa depan.

Read more...

Pertandingan Nasyid Muzikal (Sharak '09)

Persembahan bertenaga dari Top Kenanga

Para hakim berpengalaman

Johan : Gabungan Abbasyiah (2nd Kenanga)

Pada 6 September 2009, buat julung kali Kolej Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Sekretariat Kerohanian KTDI telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Muzikal bersempena dengan Program Shahru Ramadhan Al-Mubarak (SHARAK 09). Seperti edisi sebelumnya, pertandingan kali ini diadakan bersama program College Master Award Ceremony (COMA '09). Pada edisi kali ini, iaitu bagi kategori muslimin telah mendapat penyertaan dari keempat-empat floor yang mewakili gabungan masing-masing. Kelainan yang ditampilkan pada kali ini mendapat sambutan hangat apabila pertandingan berformat pentomin dan nasyid ini mendapat sambutan dari para peserta yang terdiri dari 20 - 25 orang malah ramai warga KTDI yang turun memeriahkan majlis. Diadili oleh Abang Fadli, Wak Jasni dan En. Fathuddin gabungan Abbasyiah telah memenanginya iaitu dari floor 2nd Kenanga, ternyata floor ini mengekalkan penguasaannya apabila berturut-turut menjuarai pertandingan nasyid ini. Tempat kedua diikuti rapat oleh gabungan dari Top Kenangan manakala yang ketiga dan keempat disadang masing-masing oleh (1st Kenanga) dan (Gr Kenanga). Tahniah buat warga 2nd Kenanga (Zealous Piranha).

p/s : Nantikan post untuk coverage bagi semua aktiviti sepanjang program SHARAK '09.

Read more...

04 September 2009

Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi (MAKT'09)

Perarakan masuk

Tetamu Kehormat

Tiga Pemenang Anugerah Tertinggi KTDI

Barisan tetamu kehormat bersama pemenang-pemenang anugerah

Malam Apresiasi Keunggulan Tradisi (MAKT) merupakan malam kemuncak kepada acara Kolej Tun Dr. Ismail setiap sesi di mana pelajar-pelajar tahun akhir diraikan pada majlis tersebut. MAKT '09 telah berlangsung di Hotel Pan Pacific, KLIA pada 15 Mac 2009. Majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajjah Noraini Ahmad, Pengarah Urusan Noraini's Cookies. Acara tahunan yang bermula sejak tahun 1976 ini menjadi acara terbesar untuk KTDI. Di sini, mahasiswa yang telah banyak memberi sumbangan kepada kolej mendapat pengiktirafan di atas hasil kerja dan usaha yang dilakukan dalam setiap bidang. Selain meraikan pelajar-pelajar tahun akhir, 11 anugerah utama turut disampaikan pada malam tersebut. berikut adalah senarai-senarai anugerah dan pemenang :

Anugerah Pingat Emas Alumni : Sharifah Nurula'in Balqis Syed Mohd
Anugerah Program Terbaik : Minggu Mesra Alam Sekitar (MESRA)
Anugerah Tingkat Terbaik : 2 Mawar
Anugerah Kencana Emas : Suraya Illiani Mohd Suhot
Anugerah Setia Tun : Azrul Hafizuddin Arbain & Zuraini Ismail
Anugerah Khas : Mulyani Effendi, Nur Yasmin Ahmad, Muhamat Yawasi Shahudin,
Siti Safrina Nasouddin
Anugerah Akademik Terbaik : Yussyafiqah Yunus
Olahragawan : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Olahragawati : Tiada Pemenang
Anugerah Kepimpinan Harapan : Zulhizam Mohamad
Anugerah Kepimpinan :
Sharifah Nurula'in Balqis Syed Mohd
Anugerah Third Collegian : Muhamad Burhan Md Idris

Read more...

Memoir Semalam



Program Memoir Semalam 2009 telah diadakan pada 8 Mac 2009. Program anjuran Sekretariat MLK, Alumni & Siswi ini berlangsung bertujuan meraikan alumni-alumni KTDI serta merapatkan lagi hubungan antara alumni dan pelajar kolej. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut adalah senam robik, perlawanan ragbi persahabatan (Ex-UNO vs UNO), Alumni Mentorship, & juga majlis Makan Malam bersama alumni. Program ini menjadi titik penghubung antara alumni & pelajar kolej seperti program-program sebelum ini (Malam Sirih Pulang ke Ganggang, Sanggar Warisan & lain-lain).

Read more...

Principal's Award Ceremony (PAC'09)

Pertandingan Koir



Principal's Award Ceremony (PAC'09) yang berlangsung 25 Februari 2009 yang lalu merupakan program rasmi anjuran Sekretariat Akademik Kolej Tun Dr. Ismail yang dijalankan pada setiap semester. Program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar kolej Tun Dr. Ismail yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester 1 sesi 2008/2009 dengan GPA atau CGPA 3.5 dan ke atas. Penerima Anugerah Pengetua kali ini ialah sebanyak 160 orang mahasiswa bagi CGPA dan 74 orang mahasiswa bagi GPA. Majlis ini dihadiri oleh para tetamu yang terdiri daripada wakil Almuni KTDI iaitu En. Mohd Fahmi, Felo-felo, MTM dan warga kolej.
Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Ayahanda Pengetua, Tn. Hj. Rashid Abdullah yang diselangseli dengan pertandingan koir antara gabungan yang bertemakan "Make your world today, For a better tomorrow" sempena kempen keamanan ke atas rakyat Palestin. Pelajar cemerlang pada kali ini ialah Gan Yee Lin dan Mo Shuen Yeing masing-masing dari Bacelor Sains (Biotechnologi) dengan CGPA 4.00. Sementara itu, tingkat yang mendapat pencapaian akademik paling cemerlang pula adalah 1 Melati bagi kategori siswi dan Atas Mawar bagi kategori siswa.

Read more...

Tinta Admin, Bil 01/09.



Setelah enam bulan menyepi, blog KTDI akan kembali aktif untuk tatapan seluruh warga kolej, warga UPM serta pengguna web seantero dunia. Pihak Admin dengan ini menyusun sepuluh jari dengan seribu kemaafan di atas kelewatan dan kekilafan dalam pengendalian blog untuk sesi ini. Kami mengharapkan sokongan dan tunjuk ajar dari semua warga kolej terdiri daripada pelajar, staf, felo dan juga alumni. Semoga dengan kerjasama dan sambutan anda semua terhadap blog kolej kita akan menjadi pembakar semangat buat pihak kami dalam mengetengahkan info dan maklumat terkini mengenai hal-ehwal aktiviti dan penyertaan kolej serta warganya di peringkat kolej, universiti, varsiti dan antarabangsa. Terima kasih daun keladi.

Warga Admin 09/10.

p/s : Nantikan kemunculan post untuk program SHARAK 09, COMA '09, aktiviti sebelumnya serta keputusan sukan yang terdahulu.

Read more...

27 February 2009

MESRA '09

Hari Bersama Fauna @ Zoo Negara


Forum Percambahan Minda


Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika


Gerai Pameran

Penutup MESRA'09

Sepanjang Januari hingga 22 Februari 2009, Sekretariat Rekreasi KTDI telah menganjurkan program Minggu Mesra Alam Sekitar (MESRA'09). Program ini diadakan dalam dua fasa iaitu Fasa I di peringkat kolej dan Fasa II di peringkat UPM. Antara aktiviti yang diadakan semasa Fasa I adalah Hari Bersama Fauna di Zoo Negara, Pertandingan Minda Kreatif, Pertandingan Malam Seribu Bintang, dan Explorace. Gabungan Samudera menjadi johan keseluruhan dalam MESRA Fasa I. MESRA Fasa II pula diadakan di sekitar Dewan Kolegiat Kolej 13. Aktiviti MESRA Fasa II dimulakan dengan pertandingan Kempen 3R, Forum Percambahan Minda (20 Februari 2009), Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak tadika (21 Februari 2009) dan Majlis Penutup MESRA'09 pada 22 Februari 2009. Kolej Tun Dr. Ismail mengungguli pertandingan MESRA'09 di peringkat UPM dengan menjadi johan pertandingan Kempen 3R. Sepanjang aktiviti berlangsung juga terdapat gerai pameran oleh agensi-agensi dari dalam dan luar UPM.

Read more...

14 January 2009

KUKEM 2008/2009



Pada 18-24 Disember yang lepas telah dijalankan Kursus Kepimpinan Mahasiswa Kolej Tun Dr Ismail Siri 01 2008. KUKEM ini terbahagi kepada dua fasa isitu yang pertama pada 18-20 Disember 2008 di Kolej Tun Dr Ismail di mana pada fasa ini segala yang berkaitan dengan aktiviti formal, ucapan, dan kemahiran insaniah diajar kepada peserta. Terdapat slot ceramah, kuliah berkaitan kerohanian dan moral, riadah. Pada hari pertama, peserta telah mendaftar pada pukul 8pg - 12tghr. Kemudian pada sebelah malam peserta mendapat task untuk membuat makan malam perasmian KUKEM dan membuat bendera serta identiti setiap kumpulan. Pada fasa pertama ini juga peserta diberikan barang-barang amanah iaitu biskut dan sesiapa yang merosakkan barang amanah tersebut akan didenda dan diberikan barang amanah yang lain iaitu batu bata. Pada 21-24 Diesember 2008 telah berlaku fasa 2 KUKEM di mana segala aktiviti dijalanakan di Kem Sg Pauh, Cameron Highlands. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada fasa 2 ini lebih menjerumus kepada ketahanan mental dan fizikal. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah survivor camp, sollow drop, kunang-kunang, jungle trekking dan malam kebudayaan. di sini peserta telah mempelajari pelbagai kemahiran dan memperkuatkn lagi ketahanan mental dan fizikal. Peserta juga telah diterapkan untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah dan apa yang penting perlu ada oleh setiap pemimpin adalah "kerjasama".
Pada pukul11 pagi 24 Disember 2008 peserta dan ahli KUKEM telah berangkat pulang dan sampai di KTDI pada pukul9 malam. Pada 25 disember 2008 semua peserta dan fasilitator telah bekerjasama untuk mengemas dan mencuci peraltan perkhemahan seperti khah, flysheet dan groundsheet.

Read more...
Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP