10 November 2008

SAHARA 2008








Read more...

08 November 2008

SHARAK 1429H

Membuat Bunting

Kuiz Islam

Hafazan Al-Quran

Tayangan


Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu telah berlangsung program Shahru Ramadhan Al-Mubarak (SHARAK 1429H). SHARAK 1429H berlangsung dari 24 Ogos 2008 secara tidak rasmi atau 1 September 2008 (bersamaan 1 Ramadhan 1429H) secara rasmi dan berakhir pada 21 September 2008 (21 Ramadhan 1429H). Program SHARAK 1429H merupakan program mega Sekretariat Kerohanian, Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2008/2009 bagi mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bertemakan "Towards Becoming an Excellent Muslim" program ini telah menggariskan beberapa objektif iaitu :
  • Menggunakan peluang bulan Ramadhan bagi memperbanyakkan aktiviti kerohanian di kalangan warga kolej
  • Menghayati kelebihan (fadhilat) amalan dan bulan Ramadhan
  • Penekanan pelaksanaan ibadah wajib dan sunat di bulan Ramadhan
  • Menginsafi iktibar peristiwa yang telah berlaku di bulan Ramadhan
  • Meningkatkan pemahaman syiar Islam dalam konteks yang lebih mudah difahami ramai
  • Menghubungkan dan mengeratkan silaturrahim antara warga kolej berbilang bangsa amnya dan ukhuwah Islamiah sesama muslim khususnya
Memasak Bubur Lambuk

Qatam Al-Quran

Nasyid

Majlis Berbuka Puasa

Beberapa aktiviti juga telah dimuatkan dalam program ini seperti Solat Tarawikh, Qiamullail, Tadarus Al-Quran, Tayangan Perdana, pertandingan nasyid, membuat banting, menulis khat, hafazan Al-Quran dan kuiz Islam, membuat bubur lambuk serta ceramah awal ramadhan. Program ini telah dijayakan bersama oleh seluruh muslimin dan muslimat KTDI dan penglibatan secara tidak langsung warga kolej yang bukan beragama islam dalam pertandingan-pertandingan tertentu yang telah diadakan. Kemuncak kepada program ini ialah Majlis Penutup, Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dari Baitul Ummah, Cheras. Penutupan rasmi ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Munim bin Dawam yang merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Secara keseluruhannya, program SHARAK 1429H ini telah memberi impak positif kepada warga kolej khususnya serta masyarakat setempat amnya.





Oleh : Cuki & Che Su

Read more...

19 August 2008

Serunding 2008

Pertandingan mengupas bawang

Memasak serunding

Berpengalaman : Ayahanda pengetua memberi tunjuk ajar kepada warga kolej

Sukan rakyat mengeratkan hubungan warga kolej

Ucapan pengarah serunding '08 pada majlis penutup

”Perwira Berjasa, Keamanan Dirasa”, itulah tema Serunding pada tahun ini. Setelah program Serunding ini direhatkan pada sesi lepas (diganti dengan Gunting), program ini kembali menjadi pilihan pihak kolej untuk sesi 2008/2009 sebagai buah tangan KTDI kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Program anjuran Sekretariat Kebajikan dan Keceriaan (2K) ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga kolej. Program Serunding bermula pada sebelah malam 15 Ogos 2008 dengan acara pertandingan mengupas bawang dan mencarik daging. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut gabungan tingkat iaitu gabungan Halia, Cili, Lengkuas dan Serai. Acara ini diselitkan dengan bacaan "sampaikan salam" warga kolej serta nyanyian-nyanyian spontan para peserta. Pada keesokan hari pula, acara memasak serunding telah diadakan di Dataran Melur KTDI. Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini berlangsung dengan meriah hasil kerjasama warga kolej. Acara ini berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. Program Serunding 2008 ini turut dihiasi dengan acara Sukan Rakyat pada hari berikutnya. Antara permainan yang dipertandingkan seperti ’tarik tali’, ’terompah gergasi’, ’baling selipar’ dan ’membawa telur dengan sudu’. Pada sebelah malamnya pula diadakan upacara penutup program Serunding 2008. Pada upacara penutup ini turut diadakan majlis penyerahan serunding kepada pihak ATM. Program Serunding 2008 ini banyak meninggalkan kesan mendalam kepada setiap warga kolej yang terlibat. Tahniah kepada pengarah, timbalan pengarah serta AJK Serunding 2008. Berkat usaha anda semualah, program Serunding 2008 berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

Read more...

18 August 2008

Kem Pendedahan Rekreasi 2008



Kursus Pendedahan Rekreasi 08(KPR ’08) yang dianjurkan oleh Sekretariat Rekreasi telah berjalan dengan lancar walaupun terjadi beberapa insiden yang tidak diingini. KPR ’08 kali yang diadakan di Sungai Pisang, Gombak telah memberi pendedahan kepada ahli-ahli baru Sekretariat Rekreasi K.T.D.I mengenai alam sekitar, ilmu-ilmu asas berkhemah, teknik ‘survivor’ di dalam hutan dan pelbagai lagi. Antara aktiviti yang menarik yang telah diadakan ialah ‘absailing’ di air terjun Sungai Pisang, Operasi burung Hantu dan Hantu Lilin. Selain dari dapat menikmati keindahan alam semula jadi, peserta KPR ’08 juga dapat membina keyakinan dan keberanian diri dan memupuk semangat berkumpulan. Bakat para peserta dalam bidang memasak dan kebudayaan juga t elah dicungkil dalam KPR ’08 pada Malama Kebudayaan dan Pertandingan Memasak yang hanya mengguanakan bahan mentah yang amat terhad. Walaupun modul program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini tidaklah terlalu banyak,tetapi banyak yang dapat dipelajari dan dikutip oleh para peserta.

Read more...

13 August 2008

Program Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan 2008

Kanak-kanak turut mengunjungi gerai pameran

Panel-panel forum kesihatan

Pertandingan "Amalkan 5M"

Pertandingan mewarna kanak-kanak

Kuiz kesihatan


Sekretariat MLK, Alumni dan Siswi telah menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan dan Keselamatan pada 9 dan 10 Ogos 2008. Program ini yang berlangsung di sekitar Dataran Melur dan foyer KTDI bertujuan untuk menyedarkan masyarakat khususnya mahasiswa KTDI mengenai kepentingan serta cara menjaga kesihatan dan keselamatan. Antara aktiviti yang telah berlangsung seperti mengadakan pameran mengenai kesihatan dan keselamatan, forum kesihatan ”Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan sekolah rendah, petandingan ”Amalkan 5M” , kuiz kesihatan, senam seni dan pertandingan multimedia antara gabungan. Gabungan Stateskop (1st Kenanga & 2nd Melati) telah muncul juara keseluruhan dalam Program Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan kali ini setelah diambil kira markah keseluruhan bermula dari hari pertama program. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rashid B. Abdullah.

Read more...

12 August 2008

Keputusan Track & Field Interkolej 2008

Acara 4 x 400 Meter Lelaki

Acara 400 Meter Berpagar Wanita

Acara Merejam Lembing Wanita

Gangsa milik 4 x 400 Meter Lelaki

Gambar kenangan atlet Track & Field bersama ayahanda pengetua

Lelaki

800 Meter - (Tempat ke-4)

1,500 Meter - Andy Junaidi B. Aziz (Gangsa)

1,500 Meter - Tarmizi B. Anuwar (Tempat ke-4)


5,000 Meter - Andy Junaidi B. Aziz (Tempat ke-4)


10,000 Meter Jalan Kaki - Mohd Yusri B. Yahya (Tempat ke-4)


Lompat Kijang - Safuan B. Rosli (Gangsa)

4 x 400 Meter - (Gangsa)
- Andy Junaidi B. Aziz
- Musdizal B. Musa
- Tarmizi B. Anuwar
- Abdul Aziz B. Ibrahim



Wanita

5,000 Meter Jalan Kaki - Lee Su Yi (Gangsa)

100 Meter - Nur Syahrina Bt Abd. Manaf (Gangsa)

400 Meter - Fauziah Bt Mohd Azan (Gangsa)

400 Meter Berpagar - Sahayu Balqis Bt Ismail (Perak)

400 Meter Berpagar - Fadilah Bt Mohd Zan (Emas)

Lompat Kijang - Sahayu Balqis Bt Ismail (Emas)

4 x 100 Meter - (Perak)
- Sahayu Balqis Bt Ismail

- Nor Nazhifah Bt Daud

- Normah Bt Daud

- Nurul Ain Bt Abd Talib


4 x 400 - (Perak)

- Siti Syazwani
- Fauziah Bt Mohamad Azan

- Dian Suhaili Bt Hashim
- Norliayana Bt Mohammad

Read more...

31 July 2008

Boling Inter-Floor 2008

Sufi dgn gaya tersendiri

Sempat melihat mata yang dikumpul

Aksi lain daripada yang lain

Melakukan balingan dengan tenang

Gaya seorang juara

Pada 27 Julai lalu, telah berlangsung pertandingan boling Interfloor Kolej Tun Dr. Ismail bertempat di pusat boling South City. Pertandingan ini disertai oleh 16 pasukan di mana setiap pasukan mewakili satu tingkat di setiap blok di KTDI. Pertandingan empat orang sepasukan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki & kategori wanita.

Dalam kategori lelaki Top Mawar telah berjaya menewaskan tiga pencabar lain untuk bergelar juara. Ini diikuti Ground Mawar yang terpaksa berpuas hati dengan menduduki tempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh 1st Mawar dan keempat menjadi milik 2nd Mawar. Sementara itu, dalam kategori wanita pula pertandingan dimenangi Top Melati. Pertandingan ini berlangsung jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

Read more...

Gotong-royong Perdana KTDI


Sekretariat Kebajikan & Keceriaan (2K) telah menganjurkan aktiviti Gotong Royong KTDI pada 27 Julai 2008 yang lalu. Program yang diadakan seawal jam 8.00 pagi ini menggalakkan kerjasama yang muafakat serta mengeratkan hubungan sesama warga kolej disamping menjadikan kediaman kolej ini lebih bersih dan ceria. Menurut Mohd Eezham (Pengerusi sekretariat 2K), ini merupakan program pertama sekretariat 2K untuk sesi 2008/2009. Program amal ini sudah menjadi tradisi dan merupakan tanggungjawab bersama warga KTDI dalam memastikan kolej ini berada dalam keadaan bersih. Beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan penularan wabak demam denggi yang melibatkkan tiga pelajar KTDI sendiri. Jadi dengan adanya program gotong-royong ini kita berharap tahap kesihatan pelajar KTDI selepas ini akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Read more...

30 July 2008

Perasmian Sukan Interkolej UPM 08/09

Antara peserta senior yang menyertai pertandingan perbarisan

Peserta berdebar menanti pertandingan dimulakan

Saudara Burhan mengetuai kontinjen KTDI

Kontinjen KTDI

Warga kolej turut hadir memberi sokongan

Sukan Interkolej UPM 08/09 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia pada 16 Julai 2008 yang lalu bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia. Pada Perasmian tersebut telah diadakan Pertandingan Perbarisan oleh setiap kontinjen yang bertanding. Kontinjen KTDI yang berpakaian dengan warna tradisi kolej iaitu ungu berjaya melakukan disiplin perbarisan dengan baik. Walaupun tidak mendapat tiga tempat terbaik, kontinjen KTDI tetap mempamerkan semangat yang tinggi dalam acara perbarisan kali ini. Kemeriahan majlis perasmian Sukan Interkolej ini pastinya akan membangkitkan semangat atlet-atlet KTDI bagi merampas kembali kejuaraan keseluruhan Sukan Interkolej yang telah terlepas ke tangan kolej lain. Antara acara sukan yang dipertandingkan pada fasa 1 sesi 08/09 ini ialah merentas kampus, olahraga, bola sepak, tenpin bowling, badminton, hoki, sepak takraw, bola jaring dan ragbi sentuh. Semoga berkat usaha, doa serta sokongan padu penghuni KTDI, khususnya atlet sendiri sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara sukan berlangsung menjadi azimat berguna dalam perjuangan kali ini.

Read more...

28 July 2008

KTDI 2008/2009


Kolej Tun Dr. Ismail merupakan antara kolej yang terawal dibina di kampus UPM Serdang ini. KTDI yang dahulunya terkenal dengan jolokan "Third" yang bermaksud 'ketiga' merupakan kolej ketiga dibangunkan selepas Kolej Mohamad Rashid dan Kolej Kedua. Sejak lebih tiga dekad penubuhan KTDI, banyak perubahan yang yang telah berlaku mengikut peredaran zaman. KTDI juga merupakan kolej yang paling berpengaruh di UPM dengan pencapaian-pencapaian yang gemilang dalam kebudayaan, akedemik serta pencapaian dalam bidang sukan dengan menjadi juara 17 tahun berturut-turut dalam pertandingan Sukan Inter-Kolej. Bermulanya sesi baru 2008/2009, Kolej Tun Dr. Ismail maju setapak lagi dengan meluaskan penggunaan internet kepada seluruh warga kolej. Dengan memperluaskan penggunaaan hotspot kepada semua blok di KTDI ini, tugas pelajar sebagai mahasiswa yang sememangnya dahagakan maklumat dan informasi mengenai pelajaran dan isu-isu semasa kini menjadi lebih mudah. Kini semuanya dihujung jari mereka.

Read more...
Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP