30 July 2008

Perasmian Sukan Interkolej UPM 08/09

Antara peserta senior yang menyertai pertandingan perbarisan

Peserta berdebar menanti pertandingan dimulakan

Saudara Burhan mengetuai kontinjen KTDI

Kontinjen KTDI

Warga kolej turut hadir memberi sokongan

Sukan Interkolej UPM 08/09 telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Abu Bakar Salleh, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Putra Malaysia pada 16 Julai 2008 yang lalu bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia. Pada Perasmian tersebut telah diadakan Pertandingan Perbarisan oleh setiap kontinjen yang bertanding. Kontinjen KTDI yang berpakaian dengan warna tradisi kolej iaitu ungu berjaya melakukan disiplin perbarisan dengan baik. Walaupun tidak mendapat tiga tempat terbaik, kontinjen KTDI tetap mempamerkan semangat yang tinggi dalam acara perbarisan kali ini. Kemeriahan majlis perasmian Sukan Interkolej ini pastinya akan membangkitkan semangat atlet-atlet KTDI bagi merampas kembali kejuaraan keseluruhan Sukan Interkolej yang telah terlepas ke tangan kolej lain. Antara acara sukan yang dipertandingkan pada fasa 1 sesi 08/09 ini ialah merentas kampus, olahraga, bola sepak, tenpin bowling, badminton, hoki, sepak takraw, bola jaring dan ragbi sentuh. Semoga berkat usaha, doa serta sokongan padu penghuni KTDI, khususnya atlet sendiri sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara sukan berlangsung menjadi azimat berguna dalam perjuangan kali ini.

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP