19 August 2008

Serunding 2008

Pertandingan mengupas bawang

Memasak serunding

Berpengalaman : Ayahanda pengetua memberi tunjuk ajar kepada warga kolej

Sukan rakyat mengeratkan hubungan warga kolej

Ucapan pengarah serunding '08 pada majlis penutup

”Perwira Berjasa, Keamanan Dirasa”, itulah tema Serunding pada tahun ini. Setelah program Serunding ini direhatkan pada sesi lepas (diganti dengan Gunting), program ini kembali menjadi pilihan pihak kolej untuk sesi 2008/2009 sebagai buah tangan KTDI kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Program anjuran Sekretariat Kebajikan dan Keceriaan (2K) ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga kolej. Program Serunding bermula pada sebelah malam 15 Ogos 2008 dengan acara pertandingan mengupas bawang dan mencarik daging. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut gabungan tingkat iaitu gabungan Halia, Cili, Lengkuas dan Serai. Acara ini diselitkan dengan bacaan "sampaikan salam" warga kolej serta nyanyian-nyanyian spontan para peserta. Pada keesokan hari pula, acara memasak serunding telah diadakan di Dataran Melur KTDI. Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini berlangsung dengan meriah hasil kerjasama warga kolej. Acara ini berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. Program Serunding 2008 ini turut dihiasi dengan acara Sukan Rakyat pada hari berikutnya. Antara permainan yang dipertandingkan seperti ’tarik tali’, ’terompah gergasi’, ’baling selipar’ dan ’membawa telur dengan sudu’. Pada sebelah malamnya pula diadakan upacara penutup program Serunding 2008. Pada upacara penutup ini turut diadakan majlis penyerahan serunding kepada pihak ATM. Program Serunding 2008 ini banyak meninggalkan kesan mendalam kepada setiap warga kolej yang terlibat. Tahniah kepada pengarah, timbalan pengarah serta AJK Serunding 2008. Berkat usaha anda semualah, program Serunding 2008 berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP