06 September 2009

College Master Award Ceremony (COMA '09)





Pada 6 September 2009 bersamaan dengan 16 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan, Sekretariat Akademik dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa ,Kolej Tun. Dr. Ismail telah menganjurkan College Master Award 2009 (CoMA’09). Dahulunya ia dikenali sebagai Principal Award Ceremony(PAC).

Tema pada kali ini ialah formal hijau. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, CoMA’09 diadakan pada sebelah pagi iaitu bermula seawal jam 10.00 pagi. Kebiasaan majlis anugerah yang dianjurkan setiap semester adalah pada waktu malam, namun demikian waktu terpaksa diubah ke sebelah pagi bagi memudahkan umat Islam untuk berbuka puasa dan beribadah di sebelah malam. CoMA’09 ini telah dirasmikan oleh pengetua KTDI, Tuan Hj Rashid Abdullah. Pengurus dan beberapa felo yang lain juga turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Kelainan majlis pada semester ini ialah, Pengerusi Kelab Alumni KTDI (FORTIGA),Encik Shamsul Azhar bin Ismail juga turut hadir memeriahkan majlis dengan menjadi salah seorang pemberi anugerah kepada para pelajar.

CoMA’09 yang diadakan pada bulan Ramadhan pada kali ini genap kali kedua mengadakan pertandingan nasyid mengikut gabungan masing-masing. Hal ini bertujuan untuk memeriahkan lagi CoMA’09 dan bertujuan menambahkan pengisian majlis supaya menjadi tidak terlalu hambar dengan penyerahan anugerah semata-mata. Pertandingan nasyid ini juga disertai dengan persembahan pentomin yang sangat menarik oleh pelajar-pelajar lelaki dan dimenangi oleh tingkat dua Kenanga. Aktiviti nasyid ini adalah hasil kerjasama Sekretariat Akademik dan Sekretariat Kerohanian. Persembahan nasyid ni diselangseli dengan penyampaian sijil untuk pelajar yang menerima CGPA dan CGPA 3.50 hingga 4.00. Pelajar Terbaik kali ini ialah Low Kah Lian manakala anugerah Pencapaian Akademik Terbaik dimiliki oleh tingkat dua Kenanga dan dua Melati. Tahniah diucapkan.

Program ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Diucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa CoMA’09 dan semua warga kolej yang menjayakan program ini. Kepada para pelajar yang belum berpeluang menerima anugerah, berusahalah dan terus berusaha untuk memperoleh pencapaian akademik yang baik untuk memperoleh keputusan akademik yang cemerlang demi masa depan.

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP