13 February 2010

LUNCH TALK ‘09




Pada 15 Ogos 2009, Sekretariat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Sekretariat Keusahawanan telah mengadakan Program Lunch Talk ‘09 yang bertajuk ‘Keusahawanan Sebagai Satu Bidang Kerjaya’. Seramai 40 orang peserta mendaftar pada pagi itu.
Panel jemputan untuk program ini ialah Encik Mohd. Norashedy bin Abdul Rashid dan Encik Mohd. Ariff bin Zainurdin yang merupakan alumni Kolej Tun Dr. Ismail yang berjaya dalam dunia perniagaan.

Terdapa dua slot iaitu bermula dengan slot pertama yang diisi dengan
perkongsian info oleh panel jemputan di mana mereka berkongsi ilmu, pengalaman, kisah-kisah insan yang telah berjaya, cabaran dan tips dalam bidang keusahawanan manakala bagi slot kedua pula adalah latihan dalam kumpulan iaitu para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan agar menjalankan sebuah perniagaan dan membentangkan kertas kerja mengenai syarikat, carta organisasi syarikat serta produk yang dikeluarkan. Panel jemputan membuat rumusan dan kesimpulan.

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP