14 February 2010

Laporan Sukan Sem 1 2009/2010





Bola Sepak


Perlawanan bola sepak Interkolej Sesi 2009/2010 tahun ini bertempat di Padang
A dan Stadium. Dalam acara bola sepak pada kali ini, pasukan kita bertemu dengan
pasukan KMR dan K17 pada peringkat pertama dan peringkat kedua
dengan keputusan 0-0 dan 1-1. Pada peringkat ketiga, KTDI berjaya menewaskan
pasukan KOSSAS dangan keputusan 5-1. Pada peringkat suku akhir, mereka tewas
kepada pasukan K6 dengan keputusan 4-2. Ini merupakan satu keputusan yang agak
mengecewakan bagi pasukan kolej kita namun semangat juang yang ditunjukkan oleh
pemain-pemain kolej kita harus diberi pujian.

Pasukan bola sepak tahun ini diketuai oleh Mohamad Safuan Rosli.
Pengurus pasukan Muhamad Hud Bin Muhammed.
Manakala barisan pemain adalah seperti berikut :
Mohd Haris B. Rasd., uhamad Supian B. Bedullah, Andy Junaidi Bin Ajiz, Mohd Zulshamel B. Mat Johari,
Mohd Adenan B. Mohd, Muhammad Asyraf B. Yaakob, Tarmizi B. Annwar, Mohd
Shahbudin B. Ismail, Tuan Azbi B. Tuan Hussin, Mohd Ridzuan B. Zinu, Edwin Anui, Wan
Syahril Amir B. Wan Ahlim, Izzuddin B. Ilias, Tauriq B. Ab. Rofar, Mohammad Asyraf B.
Shahril, Abdul Aziz B. Ibrahim, Mohd Shamil B. Mohd Selim, Mohd Syazwan B. Shamsudin
dan Mohamad Safuan Rosli.


Bola Keranjang

Pertandingan Bola Keranjang (Wanita) Interkolej Sesi 2009/2010 telah
dijalankan pada 14-21 Julai 2009 di Dewan Serbaguna (A). Walaupun misi pasukan bola
keranjang wanita untuk merampas gelaran juara untuk kali ini tidak berjaya, tetapi
perjuangan pemain sehingga berjaya melayakkan diri ke perlawanan suku akhir amat
mengagumkan. Pasukan bola keranjang wanita kali ini diketuai oleh Beh Poay Ling
dan pengurusnya Ching Yee Wei. Pemain-pemain terdiri daripada Yeap Ewe Dee, Teh
Ling Ming, Puteri Ida Rahina Meslan, Fadilah Binti Mohd Zan, Fauziah Mohamad Azan,
Nadiatun binti Shamsuddin, Fatin Fakhira binti Malek, Nurzatie Hanani Nohairi, Low
Wye Lyng, Siti Nor Fathyhah Binti mohd Zulkefly, Khyairany Nur Erma Md. Azmi, Nor
Aishah Binti Abdul Rahman, Suria Binti Mohammed Ariff, Wan Masliana Binti Wan
Johor, Zaril Aini Binti Mohamed, Chai Yuan Lin dan Beh Poay Ling. Pasukan kita kali ini
menampilkan lebih banyak bakat baru yang berpotensi untuk dikembangkan pada
masa akan datang.

Pada peringkat pertama, perlawanan KTDI lawan KC berkesudahan 18-20. Akan tetapi,
pasukan kita telah bangkit menentang pasukan KPZ pada peringkat kedua dengan keputusan
11-6. Keputusan 18-8 yang amat menbanggakan warga KTDI ketika berlawan dengan
K11 pada peringkat ketiga. Pasukan bola keranjang wanita telah berjaya mara hingga
ke perinkat suku akhir dan bbertemu pasukan K5 dengan keputusan 12-28.
Walaupun pasukan bola keranjang kolej kita tidak berjaya untuk mendominasi
kejuaraan, namun semangat perjuangan mereka harus diberi pujian sepenuhnya.


Bola Jaring

Pada tahun ini, KTDI telah menghantar pasukan bola jaring untuk Sukan
Interkolej Sesi 2009/2010 seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Pertandingan bola
jaring tahun ini diadakan pada 18-19 Julai 2009 di Padang KMR. Pasukan bola jaring
kali ini diketuai oleh Puteri Ida Rahina dan pengurusnya Khairulnisya Bt Yusof. Antara
pemain-pemainnya ialah Siti Zulailiha Ismail, Nur Hidayah Din, Teh Ling Ming, Sahaiyu
Balqis Ismail, Nur Nazhifah Bt Daud, Nurul Nabi’ah Bt Mukhtar, Nor Zilawati Md Zainuri,
Nur Zattie Hanani Nohairi, Nur Azlinshuha Bt Mat Radzi, Nadiah Bt Suboh, Nurul
Suhaida Bt Mohd Jani, Noor Hidayah Ibrahim, Zaril Aini Muhamed dan Puteri Ida
Rahina.

Pada peringkat pertama, pasukan kita mendapat markah yang sama dengan
pasukan lawanan, K14, iaitu 9-9. Walau bagaimanapun, KTDI berjaya menewaskan K13
dan K16 dengan keputusan 16-3 dan 15-5 pada peringkat kedua serta peringkat ketiga.
Namun, kemaraan pasukan bola jaring disekat oleh pasukan dari K12 apabila kalah
dalam peringkat suku akhir dengan keputusan 8-15. Walaupun kecundang, semangat
juang yang ditunjukkan oleh pemain harus dicontohi oleh atlit-atlit kolej kita yang lain
untuk memantapkan lagi bidang sukan kolej kita.

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP