14 February 2010

PENDEKAR 2009



Pertandingan debat antara kolej yang diorganisasikan oleh Kolej
Keenam (K6) berlangsung dari 8 Ogos 2009. Lebih kurang 10 buah
kolej telah menyertai PENDEKAR dan KTDI adalah salah satunya.
Sebanyak 4 orang warga KTDI telah mewakili kolej dalam PENDEKAR
iaitu Mohamad Fadli b. Mohamed (1st Speaker), Muhammad Faiz b.
Abd Rahman (2nd Speaker), Mohammad Amirul Amin Abdullah (3rd
Speaker) dan Siti Aisyah bt. Ibrahim (Simpanan). Peserta kolej kita
telah berjaya memenangi 4 daripada 5 saringan serta memenangi
pertandingan dalam peringkat suku akhir. Namun, dalam
pertandingan separuh akhir dengan usul "Krisis Ekonomi : Sektor Pertanian Perisainya" pada 15 Ogos 2009 telah menjadi batu
penghalang kepada peserta KTDI bagi membawa pulang Piala Pusingan PENDEKAR kembali setelah kejayaan pada edisi sebelumnya. Hakikatnya, peserta KTDI telah berusaha dengan
sebaik mungkin dan tahniah diucapkan. Harapan agar kemenangan
PENDEKAR yang akan datang menjadi milik KTDI. Berusaha KTDI !!!

0 comments:

Sebarang komen dan cadangan mengenai blog KTDI, sila emelkan ke
epie_beck85@yahoo.com

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP